Assalamualaikum…..salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat,rakan seperjuangan…semoga berada dalam kesihatan yang baik…bagi yang tidak sihat mungkin itu adalah tanda kasih sayang Allah dalam menghapuskan dosa-dosa kita semua…insyaAllah…
cinta itu membuatkan kita lebih mengingati Allah.
|
..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...
Mungkin ungkapan ini sesuai dengan situasi bagi mereka yang telah menemui seseorang atau mungkin bukan juga seseorang tetapi yang cukup istimewa untuk di jadikan sebagai peneman hidup di dunia mahupun akhirat..
Kalau kita lihat fenomena anak muda sekarang…ramai yang bercinta..tetepi sejauh mana mereka faham tentang istilah cinta itu sendiri..mungkin bagi mereka cinta itu dianggap sebagai satu kepuasan bagi diri mereka untuk melepaskan segalanya tanpa menghiraukan hukum hakam Allah SWT..
Mungkin juga sekarang ramai remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Ya tidak, bercinta memang tidak salah kerana ia adalah fitrah semulajadi yang Allah telah kurniakan kepada setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Tetapi mestilah disertakan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..
Bagi orang yang pernah bercinta dengan mengikut nafsu mungkin Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta mereka dengan menafikan peraturan Allah…dan ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah….
Cinta itu membuatkan ibadah kita lebih banyak |
“Jangan bercinta dengan seseorang perempuan/lelaki itu jika bukan berniat untuk mengahwininya”
Apa yang boleh aku faham di sini, cinta itu tidak salah jika berada pada landasannya…Hendaklah cinta kita itu berdasarkan kepada cinta Allah. Maksudnya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepadanNYA..
Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang sedang bercinta aku harap cintailah seseorang itu dengan niat untuk mengahwininya…jangan risau walau usia kita masih muda..mungkin ada yang merungut kami belum ada rumah,kereta,kerja? Masih belajar.…tetapi ingatlah rezeki Allah ada dimana sahaja…jika kita melaksanakan hakNya..insyaAllah aku yakin Allah akan permudahkan kita semua... selain itu,kita bebas mencintai sesiapa pun yang kita mahu, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah..
Akhir kata, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah…tetapi jika perempuan / lelaki itu bukanlah jodoh kita yang kita cintai selama ini..redha lah dengan ketentuanNya…mungkin Dia ingin memberikan orang yang lebih baik untuk kita….kita cuma merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA..... wallahualam…
Akhir kata, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah…tetapi jika perempuan / lelaki itu bukanlah jodoh kita yang kita cintai selama ini..redha lah dengan ketentuanNya…mungkin Dia ingin memberikan orang yang lebih baik untuk kita….kita cuma merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA..... wallahualam…
Ya-Allah...
andai dia jodohku tunjukkn aku jalan agar dia menjadi milikku
andai dia milikku Kau sabarknlah hatiku
andai dia jodohku Kau tetapknlah imanku
andai dia bkn jodohku kau hilangknlah segala kenangan bersama si dia agar ku setia pd yg satu...
andai perpisahan yg terbaik buatku
Kau peliharalah dia
Kau pertemukn dia dgn org yg terbaik buat dirinya...
No comments:
Post a Comment