Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
YA ALLAH BEGITU PANTAS WAKTU BERLALU. KINI RAMADHAN SUDAH KIAN DI
AMBANG KETIBAANNYA. SEMOGA KAMI MENJADI SALAH SEORANG DALAM TAKDIR-MU YANG AKAN
TERUS BERADA DI DALAM BULAN-MU YANG SUCI PENUH BARAKAH ITU…..
Alhamdulillah terima kasih ya Allah..Maha suci Engkau masih lagi
memberi kesempatan kepada diri ini. Aku mohon kepada Mu agar aku dapat bertemu
dengan bulan yang penuh Mulia yang semakin diambang ketibaanya..insyaAllah..
Setiap tahun Ramadhan yang suci ini adalah ujian kelazatan ibadah
bagi seorang hamba. Kadang-kala bulan Ramadhan ini bagaikan mahu menduduki
musim peperiksaan. Begitulah Ramadhan.
- Jom cepat-cepat kita siapkan kerja kita sebab nanti nak puasa
pulak!
- Jom cepat-cepat jom buat program, nanti puasa susah dah penat!
- Jom cepat-cepat aku nak belanja hang makan, kita pi pekena ikan bakar. Ramadhan nanti tak
boleh makan tengahari bersama dah!
Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar. Namun amat jarang
kita dengar bicara seumpama ini:
- Jom cepat-cepat buat persediaan, Ramadan dah dekat.
- Jom cepat-cepat tambahkan ilmu tentang ibadah yang terbaik
sepanjang Ramadhan.
- Jom kita terus berdoa agar dapat bertemu Ramadan kali ini!
Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Jika kita merindukan kehadiran
yang indah, inilah masa bahagia, masa betapa dekatnya jiwa kita bersama Allah SWT,
inilah waktu kedamaian.
Semoga amalan Ramadhan kita pada tahun ini sentiasa lebih mantap
daripada yang lalu. Jika amalan baik yang kita pupuk sepanjang Ramadhan ini
boleh dipegang, diamal dan dipraktikkan di luar musim Ramadhan, alhamdulillah
kita sudah berjaya memberkukuhkan diri kita dengan hal-hal kebaikan. Andai belum
begitu mantap, berusahalah agar Ramadhan kali ini yang akan kita jalani adalah
yang terbaik dan terhebat serta tidak disia-diakan begitu sahaja.
Berpisah dengan bulan ini bermakna kita meninggalkan kesempatan
meraih pahala kebaikan yang berlipat ganda. Maka, perpisahan dengan bulan ini
pula, bererti kita kehilangan dua keajaiban kegembiraan di kala berbuka puasa.
Perpisahan dengan bulan ini juga adalah hilangnya kesempatan kita untuk
memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang tidak sanggup kita kira lagi. Selesai
saja Ramadhan bermakna lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam
dengan jaminan pahala ampunan atas dosa dan kesilapan yang kita sudah tenggelam
di dalamnya.
Oleh itu, contohilah Nabi kita Rasulullah SAW yang sentiasa mencari malam Lailatul Qadar dan
memerintahkan sahabat mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam
sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadar.
Usahlah menunggu hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan
bulan penuh kemuliaan ini. Gigihkan usaha kita mengejar Lailatul Qadar. Namun,
apa yang lebih penting adalah semangat diambil dengan makna Lailatul Qadar.
Berdoalah bersungguh-sungguh agar kita dapat bertemu dengan Ramadan
tahun ini. Sambutlah Ramadhan yang bakal tiba dengan penuh kegembiraan.
Berebut-rebutlah melakukan amat kebajikan.
Bila tiba pula waktu perpisahan dengan bulan yang mulia ini, menangislah kerana kita akan berpisah dengan kemuliaan dan keberkatan hebat bulan ini.
Bila tiba pula waktu perpisahan dengan bulan yang mulia ini, menangislah kerana kita akan berpisah dengan kemuliaan dan keberkatan hebat bulan ini.
Ayuh! Marilah kita sambut hadirnya dengan berlapang dada dan senyum
yang mekar di seluruh jiwa. Anggaplah seolah-olah ini Ramadhan terakhir yang
akan dilalui dan sudah pasti kita mahukan persembahan yang terbaik buat Rabbul
Izzati. Insya ALLAH (“,)
No comments:
Post a Comment