Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum….
Sebagai seorang
Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh
seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal
solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam
kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang
pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal
itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang
agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu.
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi
hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang
kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada
solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang
dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa
yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada
pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak
sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja
ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai
semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat
sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri
menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak
ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut
perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar
waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha
“waktu kita”
Dari
‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam,
umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang
hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula
ialah:
1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah
Ta’ala”
2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah
Ta’ala”
3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala
Ada orang
bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja
dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu),
perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan
melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini
ada dua cara untuk qada, pertama jika
seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka
qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara
detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh,
buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika
sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas
selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga
diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat
mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?
Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada
kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah
benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat
dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah
akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga
perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment