Ni first time aku post something kat blog aku..HAHA actually bosan xda pa2 nk buat kan..so aku try laa search2 pasal minda manusia..mcm best ja..tiba2 jumpa article nie..syoq jugak.. tp aku xlaa ambik sebijik..edit laa kat mana2 yg aku rasa mcm ayat baca berita ja..agagaga tengok laa ckit..
Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila kita mengingati seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Kita mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan kita terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan ingat yang baik-baik juga tentang kita. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu kita terkenangkan seseorang yang telah lama kita tidak temui secara tiba-tiba. Mungkin pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahu tak apabila kita membenci seseorang, kita sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap kita. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang kita benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan kita marah jka kita sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita memang tidak mahu marah kita tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
Dua pemikiran dalam masa yang sama
Kita mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah bukan?dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya dan ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi.
Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
haa..bnyk benda yg best pasal minda kita kan..so kena sama2 explore laa kalau nak taw lagi..agagaga nie ja kot utk first entry aku.. :)
No comments:
Post a Comment