Assalamualaikum….alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada diri ini untuk terus hidup dan sudah pun mencecah ke usia 20…. Dengan ini juga aku nak ucap terima kasih sangat kepada semua kawan-kawan dan keluarga yang wish birthday aku baru-baru ini…semoga Allah merahmati kalian semua…ok entry aku kali ini tak ada kena mengena pun dengan birthday…ok mungkin entry yang sebelum-sebelum ini aku lebih kepada penceritaan dan pengajaran…tapi entry kali ini aku cuba nak bagi keterangan yang mana ianya sering berlaku di usia tua bumi ini..aku pun bukan pandai nak berbicara tentang agama..tapi kalau selalu kita menyebut-nyebut dan melakukannya sedikit sebanyak mematangkan kita dengan hal agama..semoga terbuka pintu hati kita untuk bertaubat.. insyaAllah…
Ok..mungkin hampir setiap hari kita rasa menyesal dan dihimpit ketakutan..kita menyesal kerana telah berbuat dosa dan takut kalau-kalau dosa kita itu tidak diampunkan Tuhan. Keadaan ini jelas menunjukkan suara hati kita yang nak sangat bertaubat…akhirnya ia banyak mengajak seeorang itu untuk membuat pengakuan taubat di depan Allah S.W.T dan di rumah-Nya di Baitullah…
Memang aku tak nafikan masih ramai orang yang tidak takut melakukan maksiat walaupun usia dah pun merangkak senja..apa lagi kalau orang yang melakukan maksiat itu merasakan hidupnya tak ada harapan mendapat keampunan..yaa aku pun remaja..tapi kalau kita tengok anak muda sekarang mereka selalu beranggapan, kalau masuk saja usia remaja, ianya seolah-olah mempunyai tiket untuk bebas melakukan apa saja…kadang-kadang tuu ibu bapa pun sering berkata, selagi masih muda, buatlah apa yang hang suka..nanti dah tua baru lah bertaubat…persoalannya sempat kaa usia kita ke hari tua..
Aku selalu mengingatkan diri aku yang mana mati itu tidak mengenal usia...bukan orang tua saja mati tapi orang muda bahkan bayi yang baru lahir pun mati..semuanya kehendak Allah..siapa kita yang boleh menjamin kita kekal ke usia tua…malah kita ni kalau nak buat kebaikan x perlu laa tunggu tua dulu baru nak buat..tapi kalau malu dilihat orang…konon2nya nanti orang kata nak buat baik laa pulak mamat nie…kita lakukan secara sembunyi-sembunyi sehingga hati sudah bersedia..sebab bagi aku tanpa memulai rasanya mustahil untuk kita melakukannya..kita juga kena pegang pada prinsip..kalau nak buat perkara baik,lakukan mulai saat ini..kenapa perlu menunggu hari esok..sebab belum tentu esok umur milik kita…
Kata Nabi, “Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubat dan memaafkannya. “ (H.R. Muslim )….
Di usia tua bumi ini, aku mengajak semoga kita sedar akan kesilapan sekarang kerana kita sedang berburu dengan waktu dan usia..orang yang bertaubat secara ikhlas dan sedar akan berusaha mengisi hidupnya daripada kebaikan kepada kebaikan..ketika kaki melangkah ke pintu taubat, kemudian tergelincir (kembali) dalam perbutan dosa, maka cepat-cepatlah betulkan langkah.. kembalilah semula ke jalan Allah..jangan sampai kita tidak sempat bertaubat...
Bagi insan yang digelar manusia…tidak ada alasan untuk kita kembali kehadapan-Nya dengan penuh permohonan ampun..sebab ampunan Allah SWT maha luas, tidak peduli seberapa besar dan beratnya dosa yang kita lakukan..ibaratnya jika kita telah melakukan maksiat seluas lautan, maka ampunan Allah melebihi luasnya langit dan bumi..
Akhir sekali aku berharap semoga kita semua tergolong orang-orang yang mampu menyesali masa lalu yang buruk dan menjadi ahli taubat..kita berdoa agar Allah tidak palingkan hati kita setelah diberikan taufik dan hidayah ke hati nurani kita..kita juga berharap sungguh-sungguh semoga Allah tidak campakkan kita ke dalam neraka-Nya walau sesaat..jangan sampai kita terasa bahang percikannya, jangan sampai kita terdengar raungan penghuni isi neraka, jangan sampai kita terlihat seksaan-Nya..
“ Ya Allah Tuhanku Yang Satu, sesungguhnya aku tidak layak masuk ke syurga-Mu..Namun aku takut untuk ke neraka-Mu..Oleh itu, aku memohon kasih saying dan rahmat-Mu ya Tuhan.. Agar dapat aku berkumpul bersama rombongan kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w Agar aku dapat terus ke syurga-Mu tanpa di hisab!...” Amin ya Rabbulalamin..
“ Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu atas semua dosa-dosaku..Terimalah taubatku ini.. Peliharalah aibku..Sesungguhnya aku amat menyesali segala perbuatan burukku..Aku telah menzalimi diriku sendiri..Sebanyak mana pun air di laut dan hujan di langit, tidak akan dapat membasuh semua dosa-dosaku ini, jika tanpa izin-Mu..Sesungguhnya, Engkau yang Maha Pengampun..Limpahkan rahmat ampunan-Mu ke atas ku..Aku ingin kembali dalam keadaan fitrahku yang bersih putih..Jemputlah aku k eke rumah-Mu ketika ada rezeki kesihatan, rezeki kewangan dan rezeki kelapangan..Jemputlah aku! Jemputlah aku! Jemputlah aku! …… “