Followers

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah - Jom Berfikir sejenak



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Segala puji kepada Allah SWT, bersama selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayangNya, perahan darah dan keringat baginda, kita semestinya tidak berada di sini dengan nikmat IMAN dan ISLAM.


Kepada semua yang dikasihi kerana Allah.


Telah sampai kepada kita tahun baru Hijrah. 1 Muharram 1433. Allah SWT nyata dengan penuh kasih sayangNya, rahmat dan inayahNya, telah memanjangkan umur kita. Maka sepatutnya kita memandang semula, bagaimanakah kita membalas kasih sayangNya ini?


Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan..


Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada  tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.


Janganlah kita menyambut 1 Muharram tanpa makna. Sekadar menyambut perubahan masa sahaja. Apakah adanya di dalam perkara itu sebenarnya? Maka apa bezanya 1 Muharram ini dengan 1 Januari yang disambut dengan mercun dan bunga api, pesta liar yang merosakkan peribadi?.... 


Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.


Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka...

semoga dengan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih mengenal siapa diri kita dan di mana tempat pengakhiran kita….insyaAllah 

wallahualam.....

Sunday, November 6, 2011

Dunia vs Akhirat

Assalamualaikum....salam aidiladha kpd seluruh umat islam..semoga Allah meredhai segala pengorbanan kita dalam ketaatan kepadaNya...alhamdulillah...aku masih lagi diberi kudrat untuk bertinta sejenak di ruangan blog ini sebagai perkongsian ilmu untuk kita semua...mudah-mudahan Allah merahmati segala perbuatan kita... insyaAllah..

Ibu dan Ayah selalu pesan,



Kalau Lili kejar dunia Lili akan jumpa...








Kalau Lili kejar akhirat Lili akan jumpa...







masih tidak faham...
Sehinggalah suatu hari Lili menyertai satu pertandingan
lumba lari.
Barulah Lili faham.
Kenapa?

Kerana,
Dunia berada di hadapan akhirat.



"Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia kita takkan dapat akhirat."
[Ustaz Ismail Kamus]


by : KunfayakuN




Tuesday, November 1, 2011

Aku Dan Paku

Bismillah dan salam kepada semua yg bergelar muslim…

Alhamdulillah Allah masih berada di sisi aku dan memberi peluang kepada aku dalam menyambung pengajian aku di semester akhir pada minggu hadapan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)…walaupun sepanjang perjalanan aku dari semester 1 hingga lah hanya tinggal semester akhir..aku dapat lihat betapa ramai kawan-kawan aku yang terkandas di pertengahan jalan dek masalah kewangan,keluarga, dan sebagainya…mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik pada mereka..insyaAllah…

Petang-petang sebegitu mungkin agak kebosanan…hendak keluar setiap petang di sini hujan turun bagaikan enggan melepaskan aku untuk ke mana-mana....dan jari ini pula pantas menari mengorak cerita…untuk itu aku nak kongsikan 1 cerita yang mungkin kita sering melakukannya walhal ianya boleh dilunturkan dengan kefahaman dalam keimanan ….mudah-mudahan…insyaAllah..





Ada seorang budak nih yang sangat degil dan panas baran..Satu hari,si ayah cuba mengajar anaknya itu mengawal kemarahannya..Lalu dia pun berkata,

"Mulai hari nih..kalau rasa marah..ambil paku-paku nih dan pakukan ke dinding bilik kamu.."Budak nih pun dengan senang hatinya menurut..maka setiap kali dia marah dan tidak puas hati pada seseorang ataupun sesuatu..dia akan pakukan dinding bilik dia..sampailah seminggu lepas tuh..ayahnya pun masuk ke bilik anaknya itu..

"Ha..sekarang bagitau ayah apa jadi dengan bilik kamu nih??"Si ayah bertanya.
"Dah x cantik dah ayah..penuh dengan paku kat sana-sini..."budak tu menjawab dengan wajah yang muram..=((

"Ha...sekarang cuba buat benda yang sama pada dinding sebelah sini tapi syaratnya kena paku bila marah pada benda yang penting je..benda yang remeh-temeh tu cuba control sikit..."
Maka selepas seminggu ayahnya kembali ke bilik anaknya sekali lagi..Kali nih sebelum sempat ayahnya bertanya si anak sudah menjawab,

"Ayah,,kali nih dinding saya x lawa sebab masih ada paku..tapi lagi cantik dari dinding sebelah sana.."Si ayah tersenyum..

"Ha...macam tu jugaklah hati..kalau kita control hati dari perasaan marah..x puas hati dan panas baran..maka cantiklah hati kita.."ulas si ayah mudah..Si anak terdiam..ok..baru faham...

"Ok...now,cabut paku-paku..ni balik.."arah si ayah selepas itu..Budak itu tanpa membantah patuh pada kata-kata ayahnya..Setelah selesai,budak itu tiba-tiba bersuara..

"Buruklah ayah,,banyak lubang bekas paku nih.."rungut budak tuh..

"Hehehe..kalau kamu nak tau..macam tulah hati orang-orang yang kamu marah..mereka mungkin sedih,kecil hati dan terluka.."sahut ayahnya..

"Habis tuh.."
"Hmm..cabut paku tu ibarat kamu mintak maaf..tapi kalau kamu usaha tampal dan cat sampai dinding tuh jadi baru dan xde kesan tebukan pun..itu ibarat kamu berusaha menjernihkan segalanya yang keruh akibat panas baran kamu tuh..bukan setakat mintak maaf je.."Budak tuh pun angguk faham....

Wallahualam.... :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...