Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Segala puji kepada Allah SWT, bersama selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayangNya, perahan darah dan keringat baginda, kita semestinya tidak berada di sini dengan nikmat IMAN dan ISLAM.
Kepada semua yang dikasihi kerana Allah.
Telah sampai kepada kita tahun baru Hijrah. 1 Muharram 1433. Allah SWT nyata dengan penuh kasih sayangNya, rahmat dan inayahNya, telah memanjangkan umur kita. Maka sepatutnya kita memandang semula, bagaimanakah kita membalas kasih sayangNya ini?
Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan..
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.
Janganlah kita menyambut 1 Muharram tanpa makna. Sekadar menyambut perubahan masa sahaja. Apakah adanya di dalam perkara itu sebenarnya? Maka apa bezanya 1 Muharram ini dengan 1 Januari yang disambut dengan mercun dan bunga api, pesta liar yang merosakkan peribadi?....
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka...
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka...
semoga dengan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih mengenal siapa diri kita dan di mana tempat pengakhiran kita….insyaAllah
wallahualam.....
No comments:
Post a Comment