Followers

Monday, August 29, 2011

Air Mata Syawal



Assalamualaikum…salam sejahtera kepada semua..semoga berada dalam keadaan yg sihat dalam perlindungan Allah SWT..alhamdulillah telah sebulan kita berpuasa dan esok tibanya hari kemenangan bagi kita sebagai umat islam…semoga hari2 yg kita jalani sepanjang bulan ramadhan ataupun semasa kita berada di dalam madrasah ramadhan akan dapat mengajar kita sifat-sifat mulia yg blh kita peraktikkan di bulan-bulan yg lain…insyaAllah..




Esok tibanya hari raya….mungkin ada diantara kita yang tidak sabar untuk menunggunya kerana terlalu gembira…tapi mungkin ada pula yang berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan ramadhan yg penuh keberkatan….

Yaaa…mungkin kita berasa seronok kerana mempunyai keluarga…saudara mara..kawan-kawan…. Tapi bagaimana pula mereka yg keseorangan yg tidak tahu di mana keluarga mereka…

Pasti berlaku, seandainya tahun ini kekurangan sesuatu. Mungkin harta benda - hilangnya tempat berteduh, mungkin juga yang seseorang - hilangnya kasih sayang. Ada yang dulunya beraya bertiga, jadi berdua, ada yang beraya berdua, dah jadi satu. Pasti, bukan semua orang seperti aku dan anda semua yang mungkin lengkap segalanya……………………………………………

Mengenangkan yang pergi memang memilukan. Imbauan kenangan pasti akan mengutip kisah lama, yang akan mengigit rasa hiba dan sayu.

Adakah kita dilarang untuk menitis air mata di pagi raya? Tidak, namun alangkah baiknya kita dapat lakukan yang lebih baik dari itu. Bersedekah buat mereka yang pergi, tidak mampu ..... maka berikan Al-Fatihah dan doa sebagai ganti. Tiada yang lebih baik dari menjadi pemberi di pagi syawal.

Akhir kata…selamat hari raya kepada semua umat islam….semoga hari raya kita pada kali ini lebih bermakna dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT serta sama-sama kita doakan supaya tidak ada unsur maksiat dalam kita asyik berseronok untuk menyambut hari raya… insyaAllah….









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...