Followers

Friday, August 19, 2011

Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum...sekali lagi bersyukur pada Allah di ats kesempatan hidup yg diberikan..semoga dapat dimanfaatkan dengan penuh keabdian kepadaNya...alhamdulillah....pejam jelik pejam jelik sudah masuk hari yg ke 19 kita berpuasa...semoga baki-baki terakhir ini menjadi sasaran kita dalam mengerjakan amal ibadah agar kita keluar dari bulan ramadhan ini dengan mendapat keampunan dari allah SWT... 










InsyaAllah...di hujung2 bulan ramadhan ini...iaitu 10 malam terakhir ini dengan rahmat Allah SWT dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..


Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat. 

Diantara petua oleh Imam Ghazali dan  lain2 ulama' untuk mencari malam lailatul qadar ialah: 

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :


1 ) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

2) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

3) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

4) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

5 ) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .

Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga....






TANDA MALAM QADAR IALAH :

1 ) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .


Alhamdulillah semoga kita dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini dan mendapat malam penuh rahmat yang dicari-cari oleh semua umat islam pada bulan ramadhan ini...insyaAllah :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...