Followers

Tuesday, December 13, 2011

Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diri ini masih dikurniakan umur untuk bernafas di muka bumi ini....semoga perjalanan-perjalanan yang akan datang juga membuatkan diri ini lebih bersemangat dalam pengabdian kepadaNya...kali ini aku nak kongsikan 1 kisah yang sangat membuatkan aku  tersentuh...betapa mulianya sifat baginda Rasulullah SAW yang jauh berbeza dengan kita pada masa kini...semoga kita mencontohinya...  










"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. 

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. 

Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

 Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. 

wallahualam.....






Thursday, December 8, 2011

MENCARI TUHAN DI HUTAN.???

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.....terima kasih kepada Tuhan kerana masih memberi kekuatan pada diri ini untuk terus berdiri atas nama Islam dalam pengabdian kepadaNya...semoga di hari-hari yang mendatang akan lebih mematangkan diri ini....alhamdulillah..sebagai orang Islam kalau kita nak fahamkan tentang kewujudan Tuhan kepada orang bukan Islam memang banyak dugaan...mereka mungkin sukar menerima hujah melalui pemikiran...   Tetapi Islam ini syumul...sangat indah...banyak kaedah boleh kita gunakan untuk sedarkan mereka akan kewujudan Tuhan kita...aku nak kongsikan 1kisah seorang pengembara dengan pakcik tua...semoga boleh menjadi ikhtibar untuk praktikal kita kepada orang lain...insyaAllah...





Pada suatu hari, seorang pengembara beragama Islam telah sampai ke sebuah perkampungan manusia atheis. Tatkala sampai, pendakwah itu terus bersolat kerana pada waktu itu sudah masuk waktu Zohor. Dia hanya bersolat di atas tanah berlapikkan kain yang dibawanya. Penduduk di situ mentertawakannya kerana mereka tidak pernah melihat orang bersolat.


”Orang muda, apa tujuan kamu datang ke mari? Kamu bukan orang sini. Pakaian kamu seperti orang yang bandar.”



Salah seorang penduduk di situ menanyakan soalan. Usianya agak tua. Mungkin menjadi ketua kampung di situ.



”Saya mahu tumpang tinggal di sini selama beberapa hari, boleh? Saya seorang pengembara.”



”Boleh memang boleh. Tapi, kamu perlu berhati-hati. Tempat ini asing bagi kamu. Jika berkenan, kamu boleh tumpang tidur di rumah saya.”



”Ya. Terima kasih.”



Pada malam itu, pengembara itu bersolat lagi di rumah orang tua tadi. Mereka semua hairan melihat amalannya itu. Sejurus selepas solat, orang tua tadi bertanya,



”Apa yang kamu buat tadi?”



”Saya menyembah Tuhan saya.”



”Tuhan? Di mana Tuhan kamu? Tidak nampak pun!” soal orang tua itu sambil disambut ketawa oleh anak-anak dan isterinya.



”Tuhan saya ada. Tapi, kita tidak boleh nampak.”



”Hah? Ada, tapi tidak nampak?”



”Ya, Tuhan itu wujud. Tetapi, kita tidak boleh melihatnya.”



Sekeluarga kehairanan. Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Setiap kejadian alam ini, Tuhan yang buat. Tuhan buat pokok. Tuhan buat haiwan. Tuhan buat kamu dan juga saya.”



”Mustahil! Bagaimana benda yang kita tidak boleh nampak boleh mencipta sesuatu yang boleh nampak? Hah! Hah! Mengarutlah!”



Pengembara itu menahan kemarahannya dengan tersenyum. Tidak ada gunanya dia berdebat dengan orang atheis seperti orang tua ini.



”Terpulanglah pada pak cik. Esok, temankan saya masuk ke hutan, boleh? Saya mahu cari Tuhan saya.”



”Haha! Boleh! Pak cik pun tak sabar-sabar nak tengok Tuhan kamu. Hehe!”



Maka, pada malam tersebut, pengembara itu bermalam di rumah pak cik itu. Ketika waktu sahur, dia bangun lagi untuk bersolat tahajjud. Dalam doanya, dia meminta semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh penduduk kampung tersebut.



Pada keesokan pagi, dia dan pak cik tadi pun masuk ke hutan. Sepanjang perjalanan itu, pak cik tua itu menunjukkan kepada pengembara tersebut pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pengembara itu bertanya,



”Siapa yang ciptakan semua pokok-pokok dan haiwan-haiwan ni?”



”Semuanya tumbuh dan membesar dengan sendiri. Tidak ada sesiapa yang buat,” jawab pak cik itu selamba.



”Tapi, setiap kejadian itu, mesti ada penciptanya.”



”Jika ada pencipta, mana penciptanya? Tak nampak pun! Mana Tuhan yang kamu katakan?”



Pengembara itu bersabar dan tidak mudah melatah. Mereka meneruskan perjalanan. Sambil itu, pengembara itu bertanya lagi, ”Jadi, pak cik tidak percaya pada wujudnya Tuhan?”



”Tidak. Segala yang wujud perlu dibuktikan dengan mata. Jika Tuhan ada, dia di mana?”



Soalan itu tidak berjawab. Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah pak cik itu tiba-tiba melompat tatkala terserempak dengan kesan tapak kaki harimau.



”Kita kena balik sekarang! Kita dalam bahaya!” jerit pak cik itu.



”Kenapa pak cik?”



”Kamu tidak nampakkah? Ini bekas tapak kaki harimau. Masih baru lagi!”



”Tapi, ini cuma bekas tapak kakinya sahaja, bukan betul-betul harimau.”



”Jika ada bekas tapak kaki, maknanya adalah harimaunya!”



”Pak cik yakin ada harimau di sini?”



”Ya. Mengikut pengalaman pak cik, jika ada bekas tapak kaki, maknanya harimau masih berkeliaran di sini. Pak cik yakin ada harimau di depan sana. Lebih baik kita balik!”



Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Melihat pada kesan tapak kaki sahaja pun pak cik sudah percaya di sini ada harimau. Jika ada, mana dia? Tak nampak pun.”



”Ish! Mengapalah orang seperti kamu ini bongok sangat? Daripada mana datang tapak kaki ini jika tidak ada harimau? Hah!”



Pengembara itu tersenyum lagi. ”Pak cik, bukankah pak cik pernah kata, jika tidak nampak, maknanya benda tu tak wujud? Jadi, saya tak nampak harimau, maknanya harimau tak wujud!”



Pak cik tua itu terdiam. Pengembara itu meneruskan lagi, ”Melihat pada kesan tapak kaki pun, kita sudah tahu bahawa ada harimau di sini. Tapi, apabila saya kata, setiap kejadian alam ini, Tuhan yang cipta, mengapa pak cik taknak percaya?”



Pengembara itu meneruskan lagi. ”Mestilah Tuhan yang menciptakannya walaupun kita tak pernah nampak dia!”



”Jomlah kita balik, pak cik. Saya ’dah jumpa’ Tuhan saya.”..


wallahualam.....

Sunday, December 4, 2011

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera kepada semua yang dikasihi...semoga permulaan bulan Muharram ini menjadi semangat kepada kita untuk terus berserah diri dan mengabdikan diri kepadaNya dalam ketaatan....insyaAllah...

Alhamdulillah...aku cuma nak kongsikan 1 kisah yang mana boleh menjadi teladan kepada kita...walaupun ianya kisah pendek tetapi boleh mengajar kita supaya lebih bersyukur kepadaNya...kerana kadangkala bersyukur lebih tinggi makamnya daripada bersabar....


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 



Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." 


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 

Jika kita melihat kepada kisah di atas, sebagai manusia kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mempertikaikan ciptaan Allah dan nikmat yang Dia kurniakan kepada kita. 

Astaghfirullah, bicara mulut cepat berkata, tanpa memikirkan apa maknanya. Hati-hati dalam percakapan kita seharian, kerana mulut badan binasa, kerana kata kesannya dirasa. Secara zahirnya, orang melihat perwatakan dan peribadi kita salah satunya melalui percakapan, maka jika elok tutur katanya insyaAllah, eloklah peribadinya. Tetapi semua itu bergantung kepada nilaian hati kita, Rasulullah SAW menyatakan kepada kita mengenai hati, sabdanya :

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia ialah hati." 

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita, baiki hati, sucikan dan bersihkan ia dari segala titik-titik hitam.

Wallahua'lam...



Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah - Jom Berfikir sejenak



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Segala puji kepada Allah SWT, bersama selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayangNya, perahan darah dan keringat baginda, kita semestinya tidak berada di sini dengan nikmat IMAN dan ISLAM.


Kepada semua yang dikasihi kerana Allah.


Telah sampai kepada kita tahun baru Hijrah. 1 Muharram 1433. Allah SWT nyata dengan penuh kasih sayangNya, rahmat dan inayahNya, telah memanjangkan umur kita. Maka sepatutnya kita memandang semula, bagaimanakah kita membalas kasih sayangNya ini?


Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan..


Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada  tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.


Janganlah kita menyambut 1 Muharram tanpa makna. Sekadar menyambut perubahan masa sahaja. Apakah adanya di dalam perkara itu sebenarnya? Maka apa bezanya 1 Muharram ini dengan 1 Januari yang disambut dengan mercun dan bunga api, pesta liar yang merosakkan peribadi?.... 


Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.


Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka...

semoga dengan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih mengenal siapa diri kita dan di mana tempat pengakhiran kita….insyaAllah 

wallahualam.....

Sunday, November 6, 2011

Dunia vs Akhirat

Assalamualaikum....salam aidiladha kpd seluruh umat islam..semoga Allah meredhai segala pengorbanan kita dalam ketaatan kepadaNya...alhamdulillah...aku masih lagi diberi kudrat untuk bertinta sejenak di ruangan blog ini sebagai perkongsian ilmu untuk kita semua...mudah-mudahan Allah merahmati segala perbuatan kita... insyaAllah..

Ibu dan Ayah selalu pesan,



Kalau Lili kejar dunia Lili akan jumpa...








Kalau Lili kejar akhirat Lili akan jumpa...







masih tidak faham...
Sehinggalah suatu hari Lili menyertai satu pertandingan
lumba lari.
Barulah Lili faham.
Kenapa?

Kerana,
Dunia berada di hadapan akhirat.



"Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia kita takkan dapat akhirat."
[Ustaz Ismail Kamus]


by : KunfayakuN




Tuesday, November 1, 2011

Aku Dan Paku

Bismillah dan salam kepada semua yg bergelar muslim…

Alhamdulillah Allah masih berada di sisi aku dan memberi peluang kepada aku dalam menyambung pengajian aku di semester akhir pada minggu hadapan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)…walaupun sepanjang perjalanan aku dari semester 1 hingga lah hanya tinggal semester akhir..aku dapat lihat betapa ramai kawan-kawan aku yang terkandas di pertengahan jalan dek masalah kewangan,keluarga, dan sebagainya…mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik pada mereka..insyaAllah…

Petang-petang sebegitu mungkin agak kebosanan…hendak keluar setiap petang di sini hujan turun bagaikan enggan melepaskan aku untuk ke mana-mana....dan jari ini pula pantas menari mengorak cerita…untuk itu aku nak kongsikan 1 cerita yang mungkin kita sering melakukannya walhal ianya boleh dilunturkan dengan kefahaman dalam keimanan ….mudah-mudahan…insyaAllah..





Ada seorang budak nih yang sangat degil dan panas baran..Satu hari,si ayah cuba mengajar anaknya itu mengawal kemarahannya..Lalu dia pun berkata,

"Mulai hari nih..kalau rasa marah..ambil paku-paku nih dan pakukan ke dinding bilik kamu.."Budak nih pun dengan senang hatinya menurut..maka setiap kali dia marah dan tidak puas hati pada seseorang ataupun sesuatu..dia akan pakukan dinding bilik dia..sampailah seminggu lepas tuh..ayahnya pun masuk ke bilik anaknya itu..

"Ha..sekarang bagitau ayah apa jadi dengan bilik kamu nih??"Si ayah bertanya.
"Dah x cantik dah ayah..penuh dengan paku kat sana-sini..."budak tu menjawab dengan wajah yang muram..=((

"Ha...sekarang cuba buat benda yang sama pada dinding sebelah sini tapi syaratnya kena paku bila marah pada benda yang penting je..benda yang remeh-temeh tu cuba control sikit..."
Maka selepas seminggu ayahnya kembali ke bilik anaknya sekali lagi..Kali nih sebelum sempat ayahnya bertanya si anak sudah menjawab,

"Ayah,,kali nih dinding saya x lawa sebab masih ada paku..tapi lagi cantik dari dinding sebelah sana.."Si ayah tersenyum..

"Ha...macam tu jugaklah hati..kalau kita control hati dari perasaan marah..x puas hati dan panas baran..maka cantiklah hati kita.."ulas si ayah mudah..Si anak terdiam..ok..baru faham...

"Ok...now,cabut paku-paku..ni balik.."arah si ayah selepas itu..Budak itu tanpa membantah patuh pada kata-kata ayahnya..Setelah selesai,budak itu tiba-tiba bersuara..

"Buruklah ayah,,banyak lubang bekas paku nih.."rungut budak tuh..

"Hehehe..kalau kamu nak tau..macam tulah hati orang-orang yang kamu marah..mereka mungkin sedih,kecil hati dan terluka.."sahut ayahnya..

"Habis tuh.."
"Hmm..cabut paku tu ibarat kamu mintak maaf..tapi kalau kamu usaha tampal dan cat sampai dinding tuh jadi baru dan xde kesan tebukan pun..itu ibarat kamu berusaha menjernihkan segalanya yang keruh akibat panas baran kamu tuh..bukan setakat mintak maaf je.."Budak tuh pun angguk faham....

Wallahualam.... :)


Sunday, October 30, 2011

Leha Sayang Umi

Assalamualaikum...
klik pada gmbar jika kurang jelas...atau boleh juga gunakan kanta..insyaAllah :)











by : http://langitilahi.com

Tuesday, October 25, 2011

KISAH MAHA GURU DAN SEORANG NELAYAN

Assalamualaikum....salam sejahtera untuk semua...semoga diberikan kesihatan yg baik dalam menjalankan kewajipan sebagai umat islam...insyaAllah...hari ini dunia sering digemparkan dengan kematian...hampir setiap hari kita akan mendengar tentang kematian..tetapi pernah atau tidak kita sesekali terfikir kematian itu akan hampir dengan kita....mungkin kita sibuk dengan urusan dunia sehingga sifat itu hilang dek bualan2 dunia yang sering memimpin kita..aku doakan kita semua sentiasa ingat akan kematian walhal sesibuk mana sekali pon kita...actually aku nak kongsikan 1 kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua.. insyaAllah....





Pada suatu waktu, ada seorang mahaguru yang ingin istirahat dari kehidupan sehari-harinya sebagai akademisi. Untuk memenuhi keinginnanya, dia memutuskan untuk pergi ke sebuah pantai dan meminta seorang nelayan untuk membawanya pergi melaut sampai ke horizon.


Seperempat perjalanan, mahaguru tersebut bertanya, "Wahai nelayan, apakah Anda mengenal ilmu geografi?" Sang nelayan menjawab, "ilmu geografi yang saya ketahui adalah kalau di laut sudah mulai sering ombak pasang, maka musim hujan segera akan tiba."
"Nelayan bodoh!" kata mahaguru tersebut. "Tahukah kamu bahwa dengan tidak menguasai ilmu geografi kamu sudah kehilangan seperempat kehidupanmu."


Seperempat perjalanan berikutnya, mahaguru tersebut bertanya pada nelayan apakah dia mempelajari ilmu biologi dan sains? Sang nelayan menjawab bahwa ilmu biologi yang dia kenal hanyalah mengetahui jenis ikan apa saja yang dapat dimakan. "Nelayan bodoh, dengan tidak menguasai sains kamu sudah kehilangan seperempat kehidupanmu." Kemudian mahaguru tersebut bercerita tentang Tuhan yang menciptakan umat manusia dengan struktur tubuh, kapasitas otak yang sama, dan lain-lain.


Selanjutnya mahaguru tersebut bertanya apakah nelayan tersebut mempelajari matematika? Sang nelayan menjawab bahwa matematika yang dia ketahui hanyalah bagaimana cara menimbang hasil tangkapannya, menghitung biaya yang sudah dikeluarkannya, dan menjual hasil tangkapannya agar dapat menghasilkan keuntungan secukupnya. Lagi-lagi mahaguru tersebut mengatakan betapa bodohnya sang nelayan dan dia sudah kehilangan lagi seperempat kehidupannya.


Kemudian, di perjalanan setelah jauh dari pantai dan mendekati horizon, mahaguru tersebut bertanya, "apa artinya awan hitam yang menggantung di langit?"
"Topan badai akan segera datang, dan akan membuat lautan menjadi sangat berbahaya." Jawab sang nelayan.
"Apakah bapak bisa berenang?" Tanya sang nelayan.


Ternyata sang mahaguru tersebut tidak bisa berenang. Sang nelayan kemudian berkata,
"Saya boleh saja kehilangan tiga-perempat kehidupan saya dengan tidak mempelajari tiga subyek yang tadi diutarakan oleh mahaguru, tetapi mahaguru akan kehilangan seluruh kehidupan yang dimiliki."
Kemudian nelayan tersebut meloncat dari perahu dan berenang ke pantai sedangkan mahaguru tersebut tenggelam.

Kesimpulan...jangan sesekali kita meremehkan orang lain kerana mungkin orang itu ada kelebihan dan kebolehannya tersendiri..dan mungkin orang itu lebih baik dari kita...wallahualam

Sunday, September 11, 2011

Kisah Rooney,Safee Sali Dan Seorang Polis

Assalamualaikum...pertama kali kepada semua yang mengenali diri ini...aku ingin meminta maaf...jika ad pernah terguris hati...terkasar bahasa dan sebagainya...semoga Allah merahmati kalian semua...alhamdulillah..aku sekarang sudah berada dalam minggu final exam...hope semua yang terlibat akan dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab..ok..sebenarnya tengah-tengah aku nak study tiba-tiba terpikir nak tulis entry blog... tiba-tiba dapat ilham nak tulis pasal cita ni...Cerita ini direka oleh aku semata-mata…mungkin agak merapu dan tidak masuk akal…tetapi ad mesej yang cuba aku sampaikan…hope kita semua dapat ambil isi tersiratnya... insyaAllah...



Rooney


Safee Sali


Polis





Pada hari ini aku rooney dan kawan aku Sali berada di old trafford ..aku mengenali Sali kerana dia diberi peluang berlatih bersama club kami yang terkenal iaitu MU…setelah tamat latihan Sali di MU ni aku bercadang untuk mengikut Sali pulang ke Malaysia untuk melancong…kat Pulau Pinang..

Sali : woii roney hang dh siap barang belum??..hang dok wat lambat apa ag..satgi flight terlepas apa pun x dak!! Dok kalut dengan  Fb  hang 2 jaaa… taw laa hang famous pon suma orang pakat kenai hang…

Roney : relex laa woii…flight kita lambat lagi laaa…hang jangan dok buat kalut boleh dak..aku baru nak layan peminat2 aku kt fb ni..aduiii…potong btoii laa…ni Sali hang tolong pi cek dapuq sat..tengok api tutup x g..cek karen apa suma…kita nak p lama ni 2 minggu…t kalu x tutup suma 2 jenohh aku nak bayaq..

Sali : ok2..aku dah cek suma..berehh..

           Roney dan Sali pon tiba di lapangan terbang old trafford dan  kelihan di situ ramai orang lebih memerhatikan roney berbanding Sali….

Sali : woii roney awat depa suma pakat dok usyaaa aku..hensem sangat kaa aku ni..??

Roney : niii…hang jangan dok perasan boleh dak…depa suma dok usya aku laaa…aku ni pemain bola terkenal..sapa yang x kenai aku habaq maii…??

Sali : laaa…yaka?...(malu3) engat depa dok usya aku..ya laaa aku taw hang famous deret dok hatrik jaa tiap kali main…

Roney : haaaa…taw x paaaa…woii Sali hang pi beli ayaq mineral sat…aku dahaga laa…aku malas pi satgi suma pakat dok serbu aku mintak tanda tangan laaa…nak bergambaq laaa….penat aku..hang tolong pi satt..

Sali : dalam hati (Oo mentang-mentang laa aku tak terkenal hang dok buli aku pulak noh..x paa x paa..tapi x terkenal seluruh dunia pon ada jugak kelab indon nak import aku…hahaha..(gelak sorang2)

         Setelah setengah jam menunggu, flight Sali dan roney pon tiba dan mereka naik dengan keadaan roney yang sering diperhati oleh penumpang lain dan melontarkan senyuman kepadanya berbanding Sali..

Roney : Sali aku nak tanya hang ni…hang bapa kali dah naik flight..??

Sali : mmmm…masuk nii…kali yang ke 2…awat pasai paa???

Roney : x dak pa aihhh…dak…aku dok tengok hang syokk pelik jaaa…macam x penah naik plak aku rasa..huhh..

Sali : amboii hang..perli kaa apa ni…woii roney hang tengok pramugari 2 cunn laaa..ejas mai sorang kat aku..hang kan famous…mesti dapat punya..no.fon pon jadi laaa…haha..

Roney : hang ni pon agak-agak laa…pramugari pon nak try…maksiat semua 2…

Sali :dalam hati (pandai pulak si roney ni bab agama)  urmmm ya laaa….

Setelah 5 jam mereka berada di dalam flight..mereka pon tiba di lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang…setelah mereka turun seperti biasa orang ramai lebih memerhatikan roney berbanding Sali walaupon di negara Sali sendiri…

Roney : woii Sali jom p pekena nasi kandaq dulu..aku dah lapaq ni..tadi kat dalam flight x order apa pon.. aku dengaq kata kat Penang ni nasi kandaq dia sempoii punyaa….

Sali : haa…boleh gak…aku pon lapaq gak ni…ketaq lutut dah ni dok bawak beg ni…haa…hang mau dok taw laaa…ni peneng weiii …sekali hang pekena nasi kandaq….x tidoq malamm ooo habaq hang…

Roney : hang biaq betoii Sali…sampai macam 2 sekali…hang dok ranjauu aku paa..mentang2 ni tempat hang…

Sali: laaa sungguh…ni salii laaa…tarak tipuu punya…jom2 aku bawak hang p pekena…dok sembang kat sini sampai bila pon x habis…

     Mereka pon sampai di sebuah restoran nasi kandaq pelita dekat dengan Komtar…masing-masing memilih lauk yang mereka suka…

Sali : woii roney hang x amik papadom kaa???

Roney : menatang apa pulak dah papadom??..

Sali : 2 laa hang ni…papadom ni laa yang nak bagi sedap bila kita makan nasi kandaq ni…x dak ni x dak selera oooo..mau dok try laa weiii..

Roney : Ooo…yaka…x taw pulak aku…sebab aku kat sana x dak pon benda2 macam ni..woii Sali sudu x dak kaaa…aku nak makan ni…

Sali : niii…hang x payah dok buat budaya barat sangat..(taw laa hang barat pon)...hang p basuh tangan hang…kita pakai tangan jaaa…baru ada ummmm….

Roney : ya laaa….suma x kena aihhhh…

       Roney dan Sali pon menjamu selera…kelihatan roney sungguh khusyuk makan..mungkin terlalu lapar……selepas selesai makan mereka menuju ke hotel untuk check in..untuk ke hotel mereka menyewa kereta proton wira selama 2 minggu dari salah seorang kenalan Sali sepanjang mereka berada di situ…dalam perjalanan ke hotel…

Roney : woii Sali maii aku bawak keta ni boleh dak..nak try jugak aku bawak keta Malaysia ni…hahaha..

Sali : hang jangan dok wat pasai hang 2 mana ada lesen g…satgi x pasai2 kena saman pulak…

Roney : alaaa…boleh laaa kali ni jaaa…hang jangn risau ahhh….polis x dak punya…lagipon aku kn famous…polis mesti kenai aku...dy x jadi saman punya...hahaha….

Sali : mmmm…ikut hang laa….jadi apa-apa jangan dok salahkan aku pula nahhh…nah amik kunci ni…

Roney : ok…berehhh…small matter laaa brooo…chill jaa...

    Roney pon memandu kereta yang mereka sewa itu menuju ke hotel yang mahu mereka check in…sedang dalam perjalanan kebetulan ada roadblock di hadapan 2…pegawai polis yang menjaga di situ agak tua dan kelihatan tegas orangnya…dan mereka disuruh pegawai polis itu untuk memberhentikan kereta..

Polis : nak kemana ni?? Tengok lesen….

Roney : nak ke hotel encik…errr lessen…lessen x dak encik…

Polis : x dak???? hang keluaq sekarang..

Roney : woii sali macam mna ni…mampus aku….

Sali : 2 laaa…aku dah kata…dh x dak lesen ketegaq nak bawak jugak…mmm… encik ni Wayne Rooney encik..pemain bola yang terkenal 2(ayat bajet boleh lepas laa) ..dia datang nak melancong kat sini….

Polis : Wayne Rooney????.... .tak kenal pon!!!


     Setelah mereka berbincang,berdiskusi,berforum dan bertazkirah dengan pakcik polis yang tak pernah  tengok BOLAA kottt, akhirnya mereka akur dengan keputusan beliau..roney dikenakan saman yang agak mahal juga kerana dia orang luar..habis duit di situ sahaja dengan membayar saman....

Sali : Tuu laa hang roney….hang kata hang terkenal..famous laa sangat boleh main kat club MU tuu..ni pegawai polis pon x kenai hang ap cerrr…


Roney : (x terkata apa-apa2)


Akhirnya rooney mengerti…tidak semua orang mengenalinya walaupon dia terkenal.. Untuk apa kita terkenal di kalangan seluruh warga dunia. Tapi jika Pegawai Polis tidak mengenali kita x ada gunanya juga..….Kesimpulannya disini….


”UNTUK APA TERKENAL DI KALANGAN PENDUDUK BUMI…ANDAI KITA TIDAK DIKENALI OLEH PENGHUNI LANGIT”…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...