Followers

Wednesday, March 16, 2011

Hanya Seutas Tali

Assalamualaikum…sekali lagi diri yang lemah ini tidak jemu mengucap syukur pada MU ya Allah kerana memberi kesihatan dan  peluang kepada aku untuk terus hidup…bagi yang kurang sihat mungkin ia sedikit sebanyak sebagai penghapus dosa-dosa kecil dan tanda kasih Allah kepada kita.. dengan kesempatan hidup ini aku berdoa kepada Mu ya Allah…kalau ditakdirkan kami pergi dulu…Kau matikan lah kami dalam keadaan yang beriman…insyaAllah..alhamdulillah entry aku kali ini aku nak kongsikan sebuah lagi kisah pengajaran untuk kita semua dalam kita memahami erti persedian untuk bertemu dengan Nya kelak…





Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia         ( masyaallah ini worang Banyak kayalah), kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersedekah adalah amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.




Beliau terkenal dgn baiknya dan disukai oleh semua penduduk disana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan      masing-masing,Yang merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu........kerana anak2 beliau lebih cintakan dunia..... Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.



Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta PETUNJUK..........DAN........!apa yg harus dilakukan...... pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak2nya untuk memberitahu wasiatnya....wahai anak2ku tujuan abuya mengumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini, apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta bapaknya yang banyak,dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya......!Begitulah kelakuan anak2nya....yg membuatkan sihartawan itu sedih....




Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti,ia mahu salah seorang dari anaknya menemankan nya selama tiga hari semasa ia telah dikebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yang akan mewarisi hartanya,dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut kepada adik-beradik yang lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin. 



Terkejut katak lah anak2nya.......lalu mereka meminta untuk berbincang adik- beradik, abang yang sulung mengesyorkan agar diupah orang kampung yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur,sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya,kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberitahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong......kerna pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti.....syukur katanya dlm hati.



Keesokan hari...........nya Maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya.. tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri.....dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. Mungkin ini sipengembala kambing,baik aku cuba offer dgn dia...fikirnya, Dia pun menemui sipengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya,lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya..



 Lalu sisulong berkata mahukah kau menjadi kaya wahai sipengembala kambing, mestilah mahu jawapnya,,,,,dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat .......Sipengembala kambing tersebut bersetuju.....kerana dgn 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar 
kayyyyyyyaaaaa!Yahoooo 'Ana khyalah teriak sipengembala tu. ini kerja senang katanya kalau satu bulan pun ana boleh kata si penegembala kambing.




Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuyanya....maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya.Dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm kubor selama 3 hari 3 malam.Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada ditangannya walau ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat. Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Abuya.


Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yg meninggal ini,ini mesti orang yg beriman,,,,sedang asyik berfikir........ terdengar suara garau memberi salam,maka terperanjatlah sipengembala tersebut,dlm fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya.jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada jawapan, sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah garau,bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap ia mendiamkan diri..... masih tiada jawapan..






Sipengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya......terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat menakutkan,dgn terketar2 ia mejawap salam tersebut...... waalaikumssssssalam. siapa kamu wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini,lalu ia menceritakan perkara yg sebenarnya........kemudian suara itu bertanya lagi,apa yg kau bawa itu, Tali "jawapnya" apa guna tali itu,suara itu bertanya lagi......utk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan,suara itu bertanya lagi...... dari mana engkau dapat tali ini...... bagaimana cara kau mendapatkan tali ini......dari sumber mana kau beli tali ini........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut....



Sehinggalah sampai hari yg ketiga,Anak si arwah tadi pun menggali semula kubor tersebut dan mengeluarkan sipengembala tadi,dengan muka yg pucat lesi macam cicak tertelan ular ia menggigil ketakutan, membuatkan anak abuya menjadi bingung,maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu,mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala....katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda....mengapa tanya sisulong,lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu....



Sedangkan tali yg aku bawak ini pun sampai 3 hari masih belum habis ditanya....inikan pula harta yg banyak .... nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak tak taulah apa nak jadi.macam mana aku nak jawab........! berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2 kau gunakan dgn sebaiknya,maka sipengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafannnnnnnn.



Semoga kisah ini dapat mengajar kita semua supaya tidak terlalu pentingkan kebendaan dunia dan sentiasa berdoa kepada Nya agar semua harta benda serta sumber pendapatan kita datang dari sumber yang halal..Disamping itu, pupuk lah sikap suka bersedekah dalam diri  masing-masing agar Allah sentiasa menyayangi kita…insyaAllah…


p/s:
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
Terpedayalah  orang yang hari ini sama seperti semalam,
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..



Yang paling jauh bukan lah tinta, mentari pun bukan jua rang bulan,
Tetapi adalah masa yang yang pergi dan tidak akan kembali,
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan,
Semalam yang terluput mengukir sesalan,
Yang ada, hanya hari ini dan akan datang,
Gunakan lah hari ini dengan sebaiknya,
Kerana esok belum tentu milik kita,
Sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanyaaaaa…..(“,)


















Tuesday, March 8, 2011

Pengajaran Dari Sekawan Babi

Assalamualaikum...seperti biasa..kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk terus hidup dalam pengabdian kepadaNya..aku tertarik dengan artikal dalam sebuah majalah yang berkisahkan pengajaran dan alhmdulillah kali ini aku nak kongsikan sebuah kisah pengajaran untuk kita semua dalam menilai kelemahan diri kita yang tidak pernah kita sedar.. insyaaAllah..






Tersebut alkisah pada suatu malam. Seorang lelaki telah terbangun dari tidurnya. Dia seakan terdengar satu suara dari luar rumahnya. Lantas dia mengintai-intai keluar   jendela. Perasangka buruknya timbul pula dengan tidak semena-mena. Tak sedap hati benar dia. Entah apa pula ini. Entah ada pencuri. Lalu dia menyelak sedikit kain lansir rumahnya. Tidak dibagunkan isterinya yang sedang nikmat berdengkur. Nanti dirungutnya pula, apa jadahnya mengejutkan dia dari tidur kepada resah yang tidak berhujung pangkal.


Dalam cahaya bulan terang empat belas itu. Terdengar kepadanya, suara-suara yang datang dari halaman rumahnya. Diamatinya sungguh-sungguh. Dibulatkannya mata sebesar-besarnya. Dadanya berdebar-debar juga. Entah perompak entahkan hantu jembalang agaknya. Segala perasangka buruk menerpa kebenak fikirannya.


Tiba-tiba dia melihat susuk yang terbongkok-bongkok. Menyondol-nyondol ditengah laman rumahnya. Walaupun cahaya bulan tidaklah seterang cerah siang. Namun sangat jelas dia melihat. Yang ditengah halaman rumahnya terdapat sekawan babi hutan yang sedang menyondol-nyondol tanah lamannya. Terkejut, marah dan berbagai-bagai lagi perasaan yang tiba-tiba pulak datang. Jahanamlah rumput karpet laman rumah aku bentak hatinya. Hendak saja dia segera mengambil senapang dan menamatkan riwayat kawanan babi tersebut.


Namun niatnya itu ditangguhkannya bila dia terdengar suara-suara yang aneh ditengah laman rumahnya itu. suara orang berkata-kata. Lebih menghairankan ianya adalah suara perempuan. Datangnya betul-betul dari arah kawanan babi tersebut. Eh aneh sungguh ini, kata hatinya. Tapi apa yang anehnya mendengar suara seorang perempuan berkata-kata? Anehlah jika ianya datang benar-benar dari arah sekawan babi. Lalu dia membuat keputusan untuk menangguhkan perihal menembak binatang tersebut.


Lalu mengamatinya. Dan terdengarlah percakapan kawanan babi tersebut. Yang mana kisahnya adalah ibu babi dan anak-anaknya. Tersebutlah alkisah itu.






Ibu babi : anak-anak janganlah kalian bermain-main ketika melakukan sesuatu pekerjaan(makan).




Anak babi: Kenapa mak?




Ibu babi: Sebab kita babi anak-anak. Kita tidak punya waktu untuk bermain-main. Waktu yang diperuntukkan buat kita sangat terhad. Dan kita tidak boleh kelihatan ditengah khalayak ramai. Nanti kita akan diburu dan dibunuh. Manusia tidak menyukai kita seperti mereka menyukai binatang-binatang lain. Kalian tidak boleh bersambil lewa dalam melakukan sesuatu(mencari makan) kerana tiada yang akan dengan senang hati membantu kita.




Lalu anak-anak babi terus mendengar nasihat ibu mereka. Tiba-tiba adik babi yang paling kecil tersondol abangnya. Lalu abangnya dengan selamba membalas sondolan tersebut dengan sondolan yang lebih kuat. Dan kejadian tersebut telah dilihat oleh ibu babi. Lalu.




Ibu babi: Hey!! Along , apa yang along buat pada Usu tu? dengar sini ibu nak cakap. Kita babi. Dan kita tidak seperti kambing atau kucing, mereka berebut-rebut semasa makan. Dan mereka tanduk menanduk antara satu sama lain. Sedangkan kita akan makan sama-sama. Dan jangan bercakap-cakap masa makan, seperti kucing siam itu. Mereka bertengkar-tengkar serta bercakaran dan sangat mementingkan perut mereka sahaja tanpa memikirkan orang lain. Sedangkan golongan babi tidak bergitu. Kita selalu makan bersama dan berkongsi makanan kita bersama-sama babi lain.




Anaknya yang sulung itu menganguk tanda paham. Dan anak-anaknya yang lain juga demikian juga. Tiba-tiba, anak babi yang no 2 bertanya kepada ibu mereka.




Anak babi: ibu, ni angah nak tanya ni.




Ibu babi: Apa sayang?




Anak babi: kenapa kita selalu keluar cari makan masa malam jer? Kenapa kita tak keluar cari makan siang-siang? Kenapa kita tak boleh cari makan dan makan sama-sama dengan kawan-kawan kita lembu, kerbau dan yang lain-lain tu?




Ibu babi: Betul sayang, mereka adalah kawan kita. Dan kita tak pernah suka untuk bermusuh dengan sapa-sapa. Tapi walaupun mereka kita anggap kawan. Mereka tidak mengangap kita seperti itu. malah mereka selalu memandang hina pada kita. Tapi ingat pesan ibu ye anak-anak. Jangan sekali-kali berlaku zalim kepada mereka seperti mereka berlaku tidak adil kepada kita. Janganlah membalas kejahatan orang lain itu dengan kejahatan juga.












Dan setelah ibu babi diam seketika, dia menyambung kata-katanya semula.




“Dan satu hal yang jarang terdapat pada binatang-binatang lain. Golongan babi sangat menghormati yang lebih tua diantara mereka. Dan kita tidak pernah melangkahi(derhaka dan kurang hajar) kepada golongan yang lebih tua. Kita sentiasa patuh dalam mengikut tunjuk ajar dan peraturan-peraturan kita. Kita sentiasa berjalan didalam saf yang lurus, tidak berebut-rebut dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Dan ingatlah anak-anakku, kita dijadikan dengan sifat yang demikian. Dan kita akan mempertahankan sifat berkenaan. Dan dengan rendah diri kita sentiasa juga bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita. Dan tak pernah kita merungut-rungut dengan kejadian yang dikatakan hina ini.”




Terlopong mulut tuan timah , eh tuan tanah mendengarkan percakapan segerombolan babi itu.  Ia menjadi insaf dengan dirinya sendiri. Mengukur-ngukur kejadian dia dan babi itu, bertapalah jauh beza darjatnya dia yang Allah telah muliakan dengan kejadian sifat yang terbaik. Tetapi terlalu sedikit yang ia perhatikan. Malah lalai dan angkuh pula yang menjadi rencahnya. Dan berkata dia kepada dirinya.




“Yaa Allah, bertapa Engkau Maha Bijaksana. Sedang babi ini juga ada pengajarannya kepadaku. “




Subhanallah...besarnya Allah...binatang yang kita sangka hina selama tetapi mempunyai sifat rendah diri dan bersyukur atas ciptaan Allah SWT..sedangkan kita sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini tetapi masih ada yang angkuh dan sombong kepada Allah SWT...semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menginsafi diri dan bersyukur atas ciptaanNYA....sekian..
  

Thursday, March 3, 2011

Seekor Lalat Dan Syurga..






Assalamualaikum…alhamdulillah syukur sekali lagi yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana  masih diberi kesihatan yang baik untuk terus mengabdikan diri kepada Nya…kali ini aku nak kongsikan kisah yang mana mungkin kita sendiri menganggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebaliknya??..kisah ini aku baca dari sebuah buku yang bertajuk “ Andai Syurga & Neraka Tidak Ada ”…semoga kita dapat menghayatinya dengan penuh sifat rendah diri kepadaNya…insyaAllah….


Apakah hubungan seekor lalat dengan syurga indah yang memiliki sungai-sungai yang mengalir?? Tentu kita tidak dapat melihat apa-apa hubungan pun antara seekor lalat dengan syurga yang penuh kenikmatan. Tetapi tidak demikian dengan apa yang dialami seorang ulama dan imam besar iaitu Imam Ghazali yang mendalam renungannya...




     Pada suatu malam, Imam Ghazali sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba seekor lalat hinggap berdekatannya. Imam Ghazali mengamati lalat itu dan ia kelihatan sedang kehausan. Memang betul tanggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas tinta ataupun dakwat pena beliau dan meminum tinta itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap tintanya. Sesudah si lalat puas meminum, Imam Ghazali membantunya keluar daripada bekas tinta itu. Terbanglah lalat itu bagi meneruskan perjalanannya entah ke mana…


     Mungkin tidak ada yang luar biasa dalam peristiwa itu. Apakah ertinya menolong seekor lalat yang kotor dan hina?? Memang begitulah pandangan manusia secara umum tetapi, bagaimana pula pandangan Allah?? 






     Tidak lama selepas kejadian itu, Imam Ghazali bermimpi bertemu dan berhadapan-hadapan dengan Allah. Dalam mimpi itu, Allah bertanya kepada Imam Ghazali,  “ Wahai Ghazali, tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga?? ”



     Imam Ghazali termangu dan berfikir. Beliau menyangka semua ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan seterusnya menyebabkan dia masuk syurga. Imam Ghazali menjawab, “ Mungkin kerana ibadah solatku, ya Allah. ”



     “ Bukan! ” tegas Allah.


     Imam Ghazali berkata lagi, “ Mungkin kerana ibadah zakatku, ya Allah. ”


     “ Bukan! ” tegas Allah lagi.


 Seterusnya, Imam Ghazali berkata, “ Mungkin kerana ibadah puasaku, ya Allah. ”


     Allah tetap berkata, “ Bukan! ”


     Imam Ghazali mencuba lagi, “ Mungkin kerana ibadah hajiku, ya Allah. ”


     Allah masih berkata “ Bukan! ”


     Semua jawapan Imam Ghazali ternyata bukan jawapan yang Allah mahukan kerana Allah terus berkata, “ Bukan! ” Akhirnya, Imam Ghazali berkata, “ Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. ”






     Allah menjelaskan, “ Wahai Ghazali, masihkah engkau ingat sewaktu engkau sedang menulis kitab pada malam hari. Ada seekor lalat masuk ke dalam bekas tintamu. Engkau berasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Apabila is selesai minum, engkau membantunya keluar daripada bekas itu. Lalat itu kemudian terbang dengan gembira selepas dahaganya hilang. Itulah yang menyebabkan Aku memasukkanmu ke dalam syurga iaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu walaupun ia hanya seekor lalat. ”


     Subhanallah, begitulah fadilat amal yang dilakukan dengan ikhlas yang mampu membawa manusia ke syurga. Sebaliknya amalan yang besar tetapi tidak ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya…


      Imam Ghazali berkata, “ Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut diseksa. ” Oleh sebab itulah penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu, amal, dan ikhlas. Ia adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.


     Alhamdulillah…kisah ini membuatkan aku tahu betapi pentingnya keikhlasan dalam kehidupan yang walaupun ianya  hanya perkara yang kecil dan  semoga kita semua sebagai hambaNya sentiasa berdoa supaya deberi keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara…insyaAllah…  


“ Kita mendirikan ibadah kerana inginkan syurga,

Menjauhi dosa kerana takutnya neraka,
Andai syurga dan neraka tidak ada,
Adakah amalan kita masih kekal sama?? ”















   

Tuesday, March 1, 2011

sakitnya mati!!





Assalamualaikum..alhamdulillah bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih deberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini yang mana Allah hanya beri pinjaman sementara kepada kita..Kepada yang sudah kembali..kita redha akan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya..Kali ini aku nk kongsikan sedikit pengetahuan yang mana kita sendiri akan hadapinya kelak…InsyaAllah


Allah merahsiakan saat kematian kita adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah s.w.t. . Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah swt di akhirat kelak. 







Sebagai umat islam…tiap kali aku membaca kisah saat kematian Nabi aku berasa sedih sangat..bayangkan Nabi kita Muhammad SAW pemimpin yang paling agung di dunia bila tiba saat kematian nya..baginda menyebut Ummatii..ummatii..ummatii..ya Allah sayangnya Nabi kepada kitaa..tapi kenapa kita sering lupa kedapaNya…malunya akuu..


Sedangkan Nabi ketika saat kematiannya baginda berasa sangat sakit ibarat sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang dan umpama terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya. Nauzubillah..sakitnya..




Ketika saat kematian Nabi juga, Jibril berkata kepada Allah..itu kekasih kamu..mengapa Dia menanggung sakit yang teramat sebegitu..Maka Allah berkata, itulah sesempurna kematian…Lalu baginda Rasulullah SAW berkata..ya Allah kalau beginilah sakitnya mati.. Ya Allah kau himpunkanlah keseluruh sakit-sakit mati umat ku nanti, biarlah aku tanggung seorang kata NAbi..subhanallah…


Sesungguhnya Nabi sehingga mahu menanggung sakitnya kematian kita..tapi kita buat tidak tahu saja dengan Nabi…kita lupa kepadanya..ya Allah berdosanya aku..


Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya :-

Sebelum tidur :

1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali

2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.

3) Membaca Tasbih



Amalan Harian :

1) Sentiasa membaca Al-Quran

2) Memelihara solat terutama solat fardhu

3) Menghormati waktu azan

4) Membaca tasbih

5) Membanyakkan sedekah

6) Sentiasa berzikir menyebut Allah



Amalan yang perlu dijauhi :

1) Dusta

2) Khianat

3) Mengadu domba 

4) Buang air kecil berdiri -






Ya Allah, wahai pemilik nyawaku betapa lemahnya diriku ini, beratnya ujian dariMu kupasrahkan semuanya padaMu ya Allah..Ya Allah baru aku sedar indahnya nikmat sihat itu, tetapi tidak pandai aku mensyukurinya..kini aku mengharapkan cintaMu ya Allah..Ya Allah, segala kesakitan yang aku rasa biarlah menjadi penawar dosa-dosa ku ya Allah..Ya Allah kuatkanlah aku, lindungilah aku dari berputus asa dan jika aku mati.. PERTEMUKAN AKU DENGAN MU YA ALLAH….


Sampai di sini sahajalah yang aku ingin kongsikan. Semoga kita boleh mengambil Rasulullah SAW sebagai suri teladan yang sebaik-sebaiknya. Semoga Allah SWT menggantikan keburukan kita ini dengan kebaikan dan semoga Allah mempertemukan kita dengan nabi kita SAW. Bagindalah makhluk termulai.. wallahualam bissawab..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...