Followers

Thursday, March 3, 2011

Seekor Lalat Dan Syurga..






Assalamualaikum…alhamdulillah syukur sekali lagi yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana  masih diberi kesihatan yang baik untuk terus mengabdikan diri kepada Nya…kali ini aku nak kongsikan kisah yang mana mungkin kita sendiri menganggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebaliknya??..kisah ini aku baca dari sebuah buku yang bertajuk “ Andai Syurga & Neraka Tidak Ada ”…semoga kita dapat menghayatinya dengan penuh sifat rendah diri kepadaNya…insyaAllah….


Apakah hubungan seekor lalat dengan syurga indah yang memiliki sungai-sungai yang mengalir?? Tentu kita tidak dapat melihat apa-apa hubungan pun antara seekor lalat dengan syurga yang penuh kenikmatan. Tetapi tidak demikian dengan apa yang dialami seorang ulama dan imam besar iaitu Imam Ghazali yang mendalam renungannya...




     Pada suatu malam, Imam Ghazali sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba seekor lalat hinggap berdekatannya. Imam Ghazali mengamati lalat itu dan ia kelihatan sedang kehausan. Memang betul tanggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas tinta ataupun dakwat pena beliau dan meminum tinta itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap tintanya. Sesudah si lalat puas meminum, Imam Ghazali membantunya keluar daripada bekas tinta itu. Terbanglah lalat itu bagi meneruskan perjalanannya entah ke mana…


     Mungkin tidak ada yang luar biasa dalam peristiwa itu. Apakah ertinya menolong seekor lalat yang kotor dan hina?? Memang begitulah pandangan manusia secara umum tetapi, bagaimana pula pandangan Allah?? 






     Tidak lama selepas kejadian itu, Imam Ghazali bermimpi bertemu dan berhadapan-hadapan dengan Allah. Dalam mimpi itu, Allah bertanya kepada Imam Ghazali,  “ Wahai Ghazali, tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga?? ”



     Imam Ghazali termangu dan berfikir. Beliau menyangka semua ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan seterusnya menyebabkan dia masuk syurga. Imam Ghazali menjawab, “ Mungkin kerana ibadah solatku, ya Allah. ”



     “ Bukan! ” tegas Allah.


     Imam Ghazali berkata lagi, “ Mungkin kerana ibadah zakatku, ya Allah. ”


     “ Bukan! ” tegas Allah lagi.


 Seterusnya, Imam Ghazali berkata, “ Mungkin kerana ibadah puasaku, ya Allah. ”


     Allah tetap berkata, “ Bukan! ”


     Imam Ghazali mencuba lagi, “ Mungkin kerana ibadah hajiku, ya Allah. ”


     Allah masih berkata “ Bukan! ”


     Semua jawapan Imam Ghazali ternyata bukan jawapan yang Allah mahukan kerana Allah terus berkata, “ Bukan! ” Akhirnya, Imam Ghazali berkata, “ Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. ”






     Allah menjelaskan, “ Wahai Ghazali, masihkah engkau ingat sewaktu engkau sedang menulis kitab pada malam hari. Ada seekor lalat masuk ke dalam bekas tintamu. Engkau berasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Apabila is selesai minum, engkau membantunya keluar daripada bekas itu. Lalat itu kemudian terbang dengan gembira selepas dahaganya hilang. Itulah yang menyebabkan Aku memasukkanmu ke dalam syurga iaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu walaupun ia hanya seekor lalat. ”


     Subhanallah, begitulah fadilat amal yang dilakukan dengan ikhlas yang mampu membawa manusia ke syurga. Sebaliknya amalan yang besar tetapi tidak ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya…


      Imam Ghazali berkata, “ Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut diseksa. ” Oleh sebab itulah penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu, amal, dan ikhlas. Ia adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.


     Alhamdulillah…kisah ini membuatkan aku tahu betapi pentingnya keikhlasan dalam kehidupan yang walaupun ianya  hanya perkara yang kecil dan  semoga kita semua sebagai hambaNya sentiasa berdoa supaya deberi keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara…insyaAllah…  


“ Kita mendirikan ibadah kerana inginkan syurga,

Menjauhi dosa kerana takutnya neraka,
Andai syurga dan neraka tidak ada,
Adakah amalan kita masih kekal sama?? ”















   

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...