Tersebut alkisah pada suatu malam. Seorang lelaki telah terbangun dari tidurnya. Dia seakan terdengar satu suara dari luar rumahnya. Lantas dia mengintai-intai keluar jendela. Perasangka buruknya timbul pula dengan tidak semena-mena. Tak sedap hati benar dia. Entah apa pula ini. Entah ada pencuri. Lalu dia menyelak sedikit kain lansir rumahnya. Tidak dibagunkan isterinya yang sedang nikmat berdengkur. Nanti dirungutnya pula, apa jadahnya mengejutkan dia dari tidur kepada resah yang tidak berhujung pangkal.
Dalam cahaya bulan terang empat belas itu. Terdengar kepadanya, suara-suara yang datang dari halaman rumahnya. Diamatinya sungguh-sungguh. Dibulatkannya mata sebesar-besarnya. Dadanya berdebar-debar juga. Entah perompak entahkan hantu jembalang agaknya. Segala perasangka buruk menerpa kebenak fikirannya.
Tiba-tiba dia melihat susuk yang terbongkok-bongkok. Menyondol-nyondol ditengah laman rumahnya. Walaupun cahaya bulan tidaklah seterang cerah siang. Namun sangat jelas dia melihat. Yang ditengah halaman rumahnya terdapat sekawan babi hutan yang sedang menyondol-nyondol tanah lamannya. Terkejut, marah dan berbagai-bagai lagi perasaan yang tiba-tiba pulak datang. Jahanamlah rumput karpet laman rumah aku bentak hatinya. Hendak saja dia segera mengambil senapang dan menamatkan riwayat kawanan babi tersebut.
Namun niatnya itu ditangguhkannya bila dia terdengar suara-suara yang aneh ditengah laman rumahnya itu. suara orang berkata-kata. Lebih menghairankan ianya adalah suara perempuan. Datangnya betul-betul dari arah kawanan babi tersebut. Eh aneh sungguh ini, kata hatinya. Tapi apa yang anehnya mendengar suara seorang perempuan berkata-kata? Anehlah jika ianya datang benar-benar dari arah sekawan babi. Lalu dia membuat keputusan untuk menangguhkan perihal menembak binatang tersebut.
Lalu mengamatinya. Dan terdengarlah percakapan kawanan babi tersebut. Yang mana kisahnya adalah ibu babi dan anak-anaknya. Tersebutlah alkisah itu.
Anak babi: Kenapa mak?
Ibu babi: Sebab kita babi anak-anak. Kita tidak punya waktu untuk bermain-main. Waktu yang diperuntukkan buat kita sangat terhad. Dan kita tidak boleh kelihatan ditengah khalayak ramai. Nanti kita akan diburu dan dibunuh. Manusia tidak menyukai kita seperti mereka menyukai binatang-binatang lain. Kalian tidak boleh bersambil lewa dalam melakukan sesuatu(mencari makan) kerana tiada yang akan dengan senang hati membantu kita.
Lalu anak-anak babi terus mendengar nasihat ibu mereka. Tiba-tiba adik babi yang paling kecil tersondol abangnya. Lalu abangnya dengan selamba membalas sondolan tersebut dengan sondolan yang lebih kuat. Dan kejadian tersebut telah dilihat oleh ibu babi. Lalu.
Ibu babi: Hey!! Along , apa yang along buat pada Usu tu? dengar sini ibu nak cakap. Kita babi. Dan kita tidak seperti kambing atau kucing, mereka berebut-rebut semasa makan. Dan mereka tanduk menanduk antara satu sama lain. Sedangkan kita akan makan sama-sama. Dan jangan bercakap-cakap masa makan, seperti kucing siam itu. Mereka bertengkar-tengkar serta bercakaran dan sangat mementingkan perut mereka sahaja tanpa memikirkan orang lain. Sedangkan golongan babi tidak bergitu. Kita selalu makan bersama dan berkongsi makanan kita bersama-sama babi lain.
Anaknya yang sulung itu menganguk tanda paham. Dan anak-anaknya yang lain juga demikian juga. Tiba-tiba, anak babi yang no 2 bertanya kepada ibu mereka.
Anak babi: ibu, ni angah nak tanya ni.
Ibu babi: Apa sayang?
Anak babi: kenapa kita selalu keluar cari makan masa malam jer? Kenapa kita tak keluar cari makan siang-siang? Kenapa kita tak boleh cari makan dan makan sama-sama dengan kawan-kawan kita lembu, kerbau dan yang lain-lain tu?
Ibu babi: Betul sayang, mereka adalah kawan kita. Dan kita tak pernah suka untuk bermusuh dengan sapa-sapa. Tapi walaupun mereka kita anggap kawan. Mereka tidak mengangap kita seperti itu. malah mereka selalu memandang hina pada kita. Tapi ingat pesan ibu ye anak-anak. Jangan sekali-kali berlaku zalim kepada mereka seperti mereka berlaku tidak adil kepada kita. Janganlah membalas kejahatan orang lain itu dengan kejahatan juga.
Dan setelah ibu babi diam seketika, dia menyambung kata-katanya semula.
“Dan satu hal yang jarang terdapat pada binatang-binatang lain. Golongan babi sangat menghormati yang lebih tua diantara mereka. Dan kita tidak pernah melangkahi(derhaka dan kurang hajar) kepada golongan yang lebih tua. Kita sentiasa patuh dalam mengikut tunjuk ajar dan peraturan-peraturan kita. Kita sentiasa berjalan didalam saf yang lurus, tidak berebut-rebut dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Dan ingatlah anak-anakku, kita dijadikan dengan sifat yang demikian. Dan kita akan mempertahankan sifat berkenaan. Dan dengan rendah diri kita sentiasa juga bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita. Dan tak pernah kita merungut-rungut dengan kejadian yang dikatakan hina ini.”
Terlopong mulut tuan timah , eh tuan tanah mendengarkan percakapan segerombolan babi itu. Ia menjadi insaf dengan dirinya sendiri. Mengukur-ngukur kejadian dia dan babi itu, bertapalah jauh beza darjatnya dia yang Allah telah muliakan dengan kejadian sifat yang terbaik. Tetapi terlalu sedikit yang ia perhatikan. Malah lalai dan angkuh pula yang menjadi rencahnya. Dan berkata dia kepada dirinya.
“Yaa Allah, bertapa Engkau Maha Bijaksana. Sedang babi ini juga ada pengajarannya kepadaku. “
Subhanallah...besarnya Allah...binatang yang kita sangka hina selama tetapi mempunyai sifat rendah diri dan bersyukur atas ciptaan Allah SWT..sedangkan kita sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini tetapi masih ada yang angkuh dan sombong kepada Allah SWT...semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menginsafi diri dan bersyukur atas ciptaanNYA....sekian..
No comments:
Post a Comment